Pengenalan

Cetusan Penubuhan PAYS

Perjumpaan Hari Raya 2009 yang di adakan di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kampung Pandan, Kuala Lumpur menjadi detik bermulanya cetusan idea untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar asrama-asrama Yayasan Selangor. Pada perjumpaan itulah terbentuknya Ahli Jawatankuasa yang dipilih dari wakil-wakil  pelbagai asrama dan pelbagai batch yang di amanahkan untuk membentuk Persatuan yang bakal menaungi seluruh bekas-bekas pelajar Asrama Yayasan Selangor yang dianggarkan hampir 20,000 orang.
Mesyuarat di kalangan wakil-wakil yang dilantik pada masa itu telah memutuskan untuk memberi tugasan masing-masing dengan membentuk AJK Protem bagi memulakan langkah seterusnya. Semasa perbincangan pertama diadakan, Presiden AJK Protem telah memberi sedikit taklimat bahawa berdasarkan pengalaman lalu, beberapa persatuan  telah dibuat pada masa-masa lalu dan pergerakkannya agak terbatas kerana tidak berdaftar secara rasmi. Cadangan telah dibuat agar persatuan yang akan ditubuhkan ini didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi memudahkan persatuan menjalankan aktiviti-aktiviti yang  bakal di rancang.   
Lanjutan dari itu, maka bermulalah perjalanan untuk merialisasikan penubuhan persatuan. Beberapa mesyuarat dan perbincangan susulan telah diadakan di pelbagai lokasi bagi membincangkan penubuhan, perlembagaan dan pendaftaran persatuan. Beberapa siri perjumpaan dan perbincangan juga telah diadakan bersama pihak pengurusan Yayasan Selangor bagi merangka halatuju dan peranan yang dapat persatuan berikan untuk kebaikan pelajar-pelajar  dan Yayasan Selangor. Berkat dedikasi, usaha dan pengorbanan tanpa mengira waktu dan tenaga, AJK Protem telah berjaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dan sejarah telah tercipta dengan berdaftarnya persatuan secara rasmi di Pejabat Pendaftaran Negeri Selangor yang dinamakan PERSATUAN ALUMNI ASRAMA YAYASAN SELANGOR atau nama singkatannya PAYS pada tarikh 20hb Oktober 2010 (20.10.2010)

Keahlian
Keahlian adalah terbuka kepada semua bekas pelajar Asrama-Asrama Yayasan Selangor yang telah menamatkan persekolahan.

Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi Borang permohonan rasmi yang dihantar kepada Setiausaha. Yuran Keahlian adalah sebanyak RM60.00 iaitu RM50.00 pendaftaran dan RM10.00 yuran tahunan.

0 comments:

Post a Comment